Pejabat Teknologi Maklumat UiTM (INFOTECH) menyediakan perkhidmatan capaian kepada Portal Pelajar yang bertindak sebagai medium perantara bagi pelajar melakukan proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti Universiti. Ia juga menyediakan perkhidmatan akses ke Sistem Akademik (SIMS), Sistem eHEP, Sistem i-Learn, Sistem Pengambilan Pelajar dan perkhidmatan emel pelajar. Pihak pentadbir Universiti turut menggunakan Portal Pelajar ini sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. |
|
Siapa yang boleh menggunakan servis ini? |
- Pelajar UiTM (sepenuh masa, separuh masa, ePJJ dll.)
|
|
Bagaimana permohonan boleh dibuat? |
Akaun pengguna dijana secara automatik apabila pelajar mendaftar sebagai pelajar UiTM. Sehubungan itu, tiada sebarang permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan akaun Portal Pelajar. |
|
Berapa harga bagi servis yang disediakan? |
Servis Portal Pelajar ini diberi secara percuma kepada semua pelajar UiTM yang telah mendaftar secara sah. |
Bagaimana untuk mendapat bantuan bagi servis ini? |
Semua pelajar boleh ke url ini http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp untuk membuat capaian ke Portal Pelajar.
Sebarang masalah berkaitan Portal Pelajar ini boleh diajukan kepada :
Email :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Telefon : 03-5544 2203
Talian aduan : http://isms.uitm.edu.my
|
|
Last Updated on Tuesday, 11 September 2012 01:44 |